Thursday, 15 January 2009

Andai Msia diserang......

Assalamulaikum wbt.


Ingin berkongsi satu forwarded emel yg saya dpt. Boleh menjadi satu
tazkirah (peringatan) yg baik utk kita yg sentiasa berada di 'zon
selesa'. Mungkin ada yg pernah baca, tapi anggaplah ini sbg
peringatan kedua. Juga saya telah mengedit apa yang saya perasan ada yang berbau perkauman, sesungguhnya Islam x pernah mengajar perkauman.

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau
diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita
menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman
dan damai…." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika
ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh
paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa
dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya
hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir
dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang
diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara
Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah
terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya
(CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal
selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan
sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan
PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel
menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera
Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang
Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada
Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada
Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi
suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan
Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB
Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya, hartawan2 yang rakus, semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-
masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam dan rakyat Msia yang lain yang miskin hina ini di negara
sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS
dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke
cina, dan semua yang pentingkan dunia itu, yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid…
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan
berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-
negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru
berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang
tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama
seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.
Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi
pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom
Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih
berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO…
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang
udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari
bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda…
menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat
mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun
anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam
Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…
diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati
ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku
kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di
depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa
menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk
berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih
panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran
disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini
tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan
negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba
hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut
menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat
orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak
bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu
berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam
yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu
Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang
jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua
dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN
KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA
DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,
SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG
LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN
menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang
Malaysia " (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas
tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera
bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan
negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur…
kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana
yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling
ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para
pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk
Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)..bagi
komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??

fikir-fikirkan… .

sesapa yang nak kopi paste petikan ini sila2lah... saya pon dapat kopi paste je... iA saya rasa tiada kopyright dalam dakwah ke jalan tuhan yang esa.

5 comments:

melintangpatah said...

salam atiq..

sebab tu pentingnya pembentukan individu muslim. menepati 10 muwasafat supaya dlm keadaan yg digambarkan itu kita tidak akan goyah dan bertahan pada prinsip. contohnya penduduk Gaza, meskipun disekat secara ekonomi dan ketenteraan mereka masih tetap pada prinsip bersama hamas utk berjuang pertahankan tanahair. Hamas bukan setakat parti politik tapi lebih dari itu, dakwah mereka mengakar di hati rakyat (type di youtube : what is Hamas?). pemilihan penduduk Palestin terhadap Hamas bukan mahu mengenyangkan perut ataupun kerana nk harga minyak turun tapi semata2 kerana perjuangan. Ketika satu dunia hanya melihat, mereka tetap bertahan.

Anonymous said...

slm atiq..benar setuju dengan saudara kenyataan saudara di atas nih..sgt penting dengan pembentukan individu itu...dan apakah adanya perjuangan seperti hamas di malaysia?...cuba check apa itu PAS?..rasanya mereka ada banyak persamaan...sy bukanlah pro kepada mereka tapi kadang kala saya lihat kita di malaysia disempitkan dengan persepsi yang PAS hanya sebagai parti politik semata2..dan kita hanya cakap disebabkan maklumat yang kita terima daripada sumber berita2 semasa sahaja yang nyata2 nya dipelopori oleh org tertentu..dan kita tidak pernah tahu secara akar umbinya bagaimana mereka bergerak, bagaimana usrah mereka wic is sama dengan hamas bergerak yang kita jarang dengar sebelum menangnya mereka dalam pilihanraya..kerana itu saya rasa pas masih bertahan, kerana perjuangan mereka itu..cumanya perlu diperhalusi beberapa perkara apabila mereka mahu berpolitik iaitu dengan masuk ke dlm pilihanraya..maybe ada peluang dakwah yang banyak di situ..wallahualam, nice story...

Anonymous said...

salam..mungkin PAS kene pastikan mereka sentiasa teguh pada pendirian mereka. byk sahaja contoh tiadanya ketetapan pendirian PAS terutama dlm PRU lepas hasilnya sokongan byk. lantaran inginkan sokongan sanggup diketepikan prinsip, thats too much for me. apa2 pun moga terus pertahankan prinsip.

fateh saleh said...

"lantaran inginkan sokongan sanggup diketepikan prinsip,"

Ini persepsi saudara Anonymous sahaja...

samalah macam statement "hudud itu zalim dan nampak kuno, maka Islam pun zalim dan kuno", ini persepsi yang the west had tainted onto Islam..

Kita suruh bukan Islam banyakkan mencari, buka kitab, banyakkan membaca untuk memahami. Likewise, we should do the same to understanding the rulings behind their decisions.

Btw, I totally agree with melintangpatah!! Kenali perjuangan hamas lebih lanjut dalam buku HAMAS: the unwritten chapters karya Dr Azzam Tamimi.. Fantastic!

Atiq said...

Jzkk khair kepada pandangan2 anda semua yg saya sgt bersyukur kerana banyak nilai2 islamnya di situ.... tk atas pendapat anda semua.... cuma ttg bab politik ni, saya agak keberatan nak komen balas... bukan x nak, tp saya rasa saya ingin memfokuskan kepada perpaduan ummah... lebih2 lg tatkala saat genting kita menghadapi musuh... igtlah kita boleh berbeza pendapat. x salah cuma jgnlah ada sampai benci mbenci yg terbit dr nya... allah satukan hati kami iA