Saturday, 17 January 2009

Pembetulan ketika menyampai, mula2 bengang tapi kemudian hepi :D

Saya dikejutkan hari ini tatkala diberi tahu bahawa artikel menarek on pemikiran zionis yg saya dapat semalam yang juga telah saya edit penat2 semalam rupa2nya diragui disebabkan sumbernya yang baru dipahamkan bukan dari sumber pihak pertama.

agak benganglah kan, tp kontrol tetap kontrol :D bayangkan sebab dah pos kat yahoo group pulak tuh.... hmmmmm

pendapat saya, jgnlah kita suka2 melayan dan mengambil apa2 yang sumbernya diragui. saya dah pon memberitahu moderator yahoo grup itu supaya memadamkan file2 yang saya bagi pg td dan sesapa yang terdownload bolehlah juga padamkan ia.

Juga kepada pembaca setia blog ini bolehlah juga buat yang serupa :D

memang saya belajar banyak dr kesilapan ini,

pertama2nya saya rasa lebih elok kalau kita tulis sahaja nama kita (toksahlah nak malu2) beserta tarikh semuanya sekiranya kita ada menulis artikel, supaya senang utk dirujuk kemudian sekiranya berlaku kes2 seperti ini.

periwayat hadis memang sukar kerjanya, bayangkan hendak menjaga beribu2 hadith pada ketika ia diturunkan dr mulut ke mulut sahaja. syukur alhamd. hadith sahith dari sumber pertama telah dibukukan. Termasuk juga al-Quran yang dijamin Allah x akan berubah sampai bila2. (satu lagu kehebatan mukjizat nabi kita ni).

namun begitu, berbalik kepada kisah zionist tadi,

saya rasa adalah lebih baik berdepan dengan realiti,

sesungguhnya dakyah zionist amat jelas di depan mata kita (lihatlah penjajahan palestin dan banyak org tak bersalah dibunuh kejam).... dah jelas lagi tersuluh, dah tak payah cari bukti2 lain.

lebih2 lagi penjajahan minda, ekonomi dan sebagainya yang boleh jadi daripada zionis ataupon pihak2 lain, akan menjadi lebih jelas jika kita lihat hidop ini berpandukan kepada al Quran dan Sunnah (yang sahih ek :D)

Memang Nabi kita saw sendiri ada menyebut dalam khutbahnya yang terakhir:

Umat Islam tidak akan sesat sekiranya berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Justeru saya selalu menyeru rakan2 seperjuang untuk mengamalkan panduan yang amat berharga itu.

Allah knows best dan beranilah kita menyampaikan yang hak,
Atiq.

No comments: