Wednesday 27 August 2008

'Kesulitan hari ini utk keselesaan masa depan' - JKR

Salam alaikum kengkawan,

Kita semuer rasenyer sudah tersedia maklum dengan suasana politik di negara kita kebelakangan ini.

Saya juga percaya ramai yg sudah bosan dan tidak kurang juga ada di kalangan kita yg terpinga2 mengapa suasana seperti ini masih berlanjutan.

Sudah tentu tidak ada sesiapa yg mahukan suasana berkecelaru spt ini berlarutan sama sekali.

Ramai di kalangan kita yang mempunyai pelbagai pandangan yg begitu membina yang boleh diterima pakai untuk menjernihkan keadaan.

Malangnya, terdapat juga di kalangan kita yg lebih cenderung kepada kutukan menyaketkan hati orang lain yg hanya mengeruhkan keadaan semasa.

Justeru, marilah kita hanya ambil segala yang jernih dan buang segala yg keruh.

Kepada kebanyakan sesiapa yang seperti saya, yang mempunyai banyak lagi perkara yang harus difikirkan, frasa di atas yang sering kita dengari di projek2 jalan raya mungkin boleh menjadi sedikit panduan positif.

Moga2 apa yang berlaku hari ini merupakan satu batu loncatan yang paling berharga untuk kita semuer menikmati Malaysia yg jauh lebih baik suatu hari nanti.

Saya doakan agar hari itu tidak lama.

Marilah sama2 kita membuat kerja kita dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang.