Sunday 7 February 2010

Kegagalan iA akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar!

Salam alaikum,

hidup sebagai pelajar medik penuh dengan naik dan turunnya....

apa taknya, tatkala, exams yang begitu banyak... serta keputusannya yang begitu 'unpredictable'.

iA apa2 yang berlaku dalam hidup ini ada hikmahnya dan merupakan satu ujian daripada maha pencipta supaya kita menjadi insan yang lebih baik hari demi hari.

cuma, ana sering mengingatkan diri ana bahawa exam di dunia ini ciptaan manusia, ada cacat celanya, ye la, yg membuatnya manusia, yang meng'assess'nya juga manusia. kalau gagal, boleh cuba lagi (to a certain extent) dan dengan izin allah akan lulus.

ingin diingatkan, exam yang haqiqi yang yang diatur segala2 oleh allah, di'assess' oleh allah, yg examnya tiada cacat cela, dan peluangnya hanya sekali, itulah yang harus kita betul2 pastikan kita akan lulus, iA bukan sahaja lulus (jannah) tetapi lulus dengan cemerlang (jannatul firdaus).

so ketahuilah kawan2, jika kita fail dalam exam uni ni, it is nothing compared fail dalam exam yang haqiqi...

so jangan la kita bersedih, kerana exam uni kalau nak dibandingkan dengan exam haqiqi sangatlah sedikit nilainya.

apa yang penting dalam dunia ni, saya akan sentiasa mengamalkan prinsip tawakkal, yakni kita berusaha bersungguh2 dengan penuh bijak dan berterusan dan lepas itu bertawakkal kepada allah. sesungguhnya allah tau apa yg terbaik untuk kita.

yang tampak baik tak semestinya baik utk kita,
dan yang tampak buruk tak semestinya buruk utk kita.

gagal boleh membawa kita kepada kejayaan yang lebih besar iA,

maka marilah kita tidak berputus asa, us-ha lagi dengan bersungguh2 seboleh mungkin, berserah kepada allah, dan iA syurga firdaus, matlamat kita akan menjadi kenyataan.