Friday 16 January 2009

Calon bebas... alternative kepada parti besar kerajaan dan pembangkang?

Pilihan raya Kuala Terengganu memang menarek.... kali ini calon bebasnya ialah En. Azharudin Mamat @ Azam menggantikan Tok Maimun Yusuf yang berumur 90 tahun.

Saya bukanlah hardcore kepada parti BN ataupon PR mahupon parti bebas seperti en. di atas.... cuma saya akan senantiasa memilih apa yang paling baik utk diri dan masyarakat kita sejagat.... saya pasti ramai lagi yang sefikiran begini.....

saya harap para pengundi kuala terengganu dapat membuat keputusan yang terbaik dan penuh hikmah...

artikel berikut dipetik daripada web site yg tertera. Malangnya saya tidak terjumpa blog beliau... mgkin beliau masih tidak mempunyai blog lagi.

http://jininglinneutral.wordpress.com/

calon ini,Azharudin Mamat @ Azam,merupakan seorang doktor tradisi setelah mendapat ilham daripada tuhan apabila beliau pergi mekah pada 4 tahun yang lalu.
selain itu,beliau juga merupakan seorang kontraktor kelas f.
beliau mempunyai sijil bioteknologi makanan dari universiti pertanian.

kutipan dan bayaran perubatan tersebut akan digunakan oleh beliau dalam usaha membantu orang miskin dengan pemberian beras.
setiap bulan,beliau akan memberi 5-10kg beras kepada 3-4 buah keluarga.
beliau memulakan usaha ini pada 5 tahun yang lalu.

beliau telah menyediakan rm25000 sebagai penyediaan kempen pilihan raya dan rm5000 adalah daripada bantuan kawannya.
janji beliau menang dalam pilihanraya ini ialah menggunakan gaji ahli parlimen sebagai pemberian beras kepada 300-400 buah keluarga miskin di kawasan kuala terengganu dekat masjid.
jika beliau gagal dalam pilihanraya,beliau masih akan meneruskan usahanya dalam pemberian beras kepada keluarga miskin.

nampahnya,beliau lebih sesuai menjadi dermawan daripada ahli parlimen.
kerana beliau kurang memberi perhatian terhadap apa jua isu dan bidang di sekelilingnya dan tiada hasrat untuk membawa perubahan dari segi pentadbiran kerajaan.
harap-harap beliau masih mempunyai hasrat yang kuat dan tegas dalam usaha membantu orang miskin selepas pilihanraya.
janganlah jadikan janji dan usaha lama awak menjadi angin yang bertiup kencang!

1 comment:

ling ing jin said...

terima kasih kerana telah mengunjungi blog saya dan meluaskan blog saya dalam kegunaan blog anda.
harap anda dapat mengunjungi blog saya selalu.
selamat blogging!