Monday 14 April 2008

Keadaan Politik Malaysia dan pendapat seorang pelajar di p'rantauan

Semasa ini, kita dgr pelbagai isu hangat mengenai keadaan politik di Malaysia lebeh2 lagi pasca PRU 12 baru2 ini.

Fenomena politik yg melanda Msia ini, pertama kali saya saksikan sehangat seperti ini dalam sejarah hidup saya. Kini kite dapat lihat munculnya Pakatan Rakyat yg semakin rancak mara berdepan dengan Barisan Nasional yg pernah dulu dilihat seperti maha kukuh.

Namun pokok pangkalnya, di sebalek segala apa yg berlaku, adalah wajar utk kite merefleks kembali; adakah semue yg berlaku ini merupakan satu Rahmat ataupun satu Dajal yg bakal menghancur binasa negara kita yg tercinta, memporak peranda kan hubungan mesra antara kaum, agama?

Semestinya, pilihan kedua kite tolak sama sekali.

Maka, apakah Rahmat di sebaliknya?

Pada saya, isu2 yg berlaku di Msia merupakan rahmat yg berselindung @ kata org UK kat sini 'blessing in disguise'.

Sememangnya, kehadiran 2 parti politik yg mejer ini di Malaysia telah memberi nafas baru kepada sistem demokrasi negara tercinta. Rakyat kini boleh menghirup nafas lega kerana sudah ada kuasa pengimbang dalam sistem pentadbiran negara.

Tidak dinafikan akan ada percakaran mulut antara ahli2 politik baik dlm parti politik yg sama atau antara parti politik yg berlainan. Namun, ini semue adalah adat politik yg penting dan jika dilaksanakan dengan berhemah dan membina pasti akan memberi keuntungan kepada negara.

Secara ringkasnya, marilah kita sama2 melihat apa yg berlaku di Malaysia sebagai satu rahmat yg sangat besar yg patut diambil manfaat oleh setiap warganegara.

Saya lihat Malaysia sebagai sebuah negara yg mempunyai potensi yg maha luas ke arah pembangunan dalam segala aspek baik jasmani mahupun rohani.

Dengan izin Tuhan segala alam, pembangunan Malaysia akan menjadi rahmat bukan sahaja untuk warganegara tetapi kepada seluruh makhluk ciptaan Tuhan.

Bersatulah minda ke arah kebaikan!