Tuesday 22 December 2009

Penghijrahanku

Assalamualaikum,

Melihatkan banyak betul video2 penghijrahan insan2 yang telah betul2 mengenali islam, rasanya amat perlu untuk saya turut sama berkongsi penghijrahan saya di blog ini.

hal ini penting, kerana bukan sahaja orang bukan islam yang perlu berhijrah tetapi juga orang yang mengaku dirinya islam tetapi imaannya atau kepercayaannya kepada allah masih belum betul2 terlekat di hati.

secara jujurnya saya rasa diri saya begitu lah sebelum penghijrahan saya itu. islam, namun beberapa perkara yang jelas bukan islam saya lakukan baik secara sedar ataupun tidak. terlalu malu untuk saya menceritakan perkara2 tersebut. cukuplah saya insaf kepada tuhan yang maha esa.

namun peristiwa perhijrahan itu berlaku tatkala saya dimasukkan ke hospital pada pertengahan tahun 2008. saya tidak tahu pun yg saya rebah. wallahualam. allah nak tarik ni'mat sihat sungguh tanpa diduga.

namun apa yang menareknya tatkala saya nak sedar2 itu, satu pengalaman yang sungguh ajaib menimpa saya. susah saya nak terangkan. tapi saya dapat rasakan seolah-olah masa itu sudah tiada. seolah2 macam dunia sudah kiamat di mana masanya abadi dan tidak begitu relevant lagi. sungguh saya betul2 dapat rasakan betapa sungguh ruginya kita jika berada di neraka, seksa seksa dan seksa buat selama lama lamanya!

begitulah secara ringkas pengalaman saya yang betul2 telah menghijrahkan saya.

saya betul2 sedar bahawa masa kita di dunia ini terlalu sedikit untuk dibazirkan. tidak ada masa untuk kita leka. amar makruf (buat baik) nahi mungkar (jauhi kemungkaran atau dosa) harus di jadikan prinsip amal.

dunia ini memang sekejap. kita tidak tahu bila allah akan mematikan kita. maka perlulah kita sedar akan matlamat hidup kita iaitu untuk beribadat kepada allah dalam segala aspek dalam kehidupan.

itulah matlamat saya, sampai saya menghembus nafas yang terakhir.

hidup ini hanya untuk allah.

saya bersyukur kerana allah telah memberi hidayah dan taufik kepada saya. saya berharap agar lebih ramai lagi yg turut diberi keindahan ini yang tidak boleh dibeli iaitu nilai mengenal islam sekenal2nya.

utk mereka yang telahpun mendapat nikmat ini, haruslah kita mengfacilitatekan mereka2 yang lain, baik muslim atau tidak utk turut menikmatinya seboleh2 yang kita boleh.

moga allah kurniakan tempat untuk kita di jannah yang kekal abadi.

2 comments:

Lutfan said...

terima kasih berkongsi..
menarik!
semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua sampai ke akhir hayat iAllah.
Islam adalah nikmat, maka ia boleh diberi dan ditarik balik oleh Allah..

Atiq said...

iA, sama2 kita menjauhi diri daripada bisikan syaitan sebanyak mungkin dan berjuang di jalan allah yang lurus sebanyak mgkin!