Friday 18 December 2009

Assalamualaikum

Assalamualaikum sahabat2.

Diharap semua berada dalam kemanisan imaan.

Alhamdulillah, dengan izin allah kita semua masih diberikan peluang oleh allah utk terus berbakti mencari pahala di muka bumi ini.

Kita semua sedia maklum ttg kejutan tragedi yang menimpa sahabat kita, kedua2 ibu bapanya serta jiranya. Namun, ketahuilah, kita semua datang daripada Al-lah (Tuhan @ the God) dan kepadanya jualah kita kembali.

Juga ingin mengingatkan diri kita semua bahawa, setiap perkara yang berlaku telah pun ditentukan oleh Allah SWT. InsyaAllah akan ada hikmahnya kepada mereka yang mahu bermuhasabah.

Pada masa yang sama saya ingin mengucapkan berbanyak tahniah kepada sahabat kita Muhammad Azeem bin Azizi yang telah menamatkan zaman bujangnya baru sahaja tadi. Moga2an Allah memberi kebahagiaan kepada mereka dunia dan akhirat.

Ya Allah, selamatkanlah kami semua dari nerakan jahanam.

Ya Tuhan, engkaulah tuhan yang satu, tiada tuhan selain engkau.

Ya Tuhan, tunjukkanlah kami ke jalan yang satu.

Ya Rabb (Tuan), Ya ar-rahman (maha pengasih), ya ar-rahim (maha penyayang),
laillahailallah (tiada tuhan selain yang tuhan itu sendiri ie yang esa, yang satu, yang maha perkasa),
muhammadar rasulullah, muhammad itu utusan allah.

No comments: