Saturday, 15 August 2009

Spaghetti Laksa Perantau

Assalamualaikum kawan2,

nak kongsi resipi laksa perantau yang sangat senang dan best.

rasanya kebanyakan pelajar malaysia di uk akan mengalami dilema makanan.

mungkin sebab makanan di luar yang bukan sahaja sangat tidak kena dengan selera kita tetapi boleh jadi disebabkan harga yang kadang2 agak merepek dan mencekik darah.

nak masak pulak, ada yang tak berapa reti dan ada pulak yang tidak mempunyai masa akibat komitmen pelajaran yang banyak dan ketiadaan isteri yang sholehah :)

akibat malangnya, ramai pelajar yang dietnya menjadi tidak sehat seperti pizza instant, dan berbagai2 lagi makanan segera yang lain.

ada pulak yang mengabai lansung pemakanan yang sepatutnya.

ini akhirnya menjejaskan kesihatan pelajar itu sendiri.

oleh itu penyelesaiannya, terpaksa pelajar2 di uk belajar cara memasak yang mudah tetapi sedap.

berikut merupakan contoh:

Laksa perantau

Bahan kuah
-ikan tuna dalam tin - 1
- cili kering - dalam 4 tangkai
-bawang besar - 1 biji
- asam keping - dalam 3 keping
-halia secukup rasa
-air secukupnya ikot kesukaan kepekatan
- santan, jika suka, secukup rasa

semua diatas diblender, dan dididihkan.

pastu rebus telur, spagetti atau mi laksa, lettuce (dihiris panjang2)
- nanas dah siap potong boleh didapati dalam tin di kebanyakan pasaraya.

iA perut senang, hati senang, nak beribadat semua senang.

-jangan makan berlebih2an harus diingat senantiasa :)

No comments: