Thursday, 13 August 2009

My Trip Back Home Summary

Assalamualaikum kawan2..

Berikut saya rumuskan trip saya balek selama 2.5 minggu berakhir ahad yang lepas.

Alhamdulillah kakak saya telah selamat diijabkabulkan. Moga beliau bersama suaminya dapat kekal bahagia dengan rahmat Allah swt hingga ke hujung masa.

Juga saya ingin berkongsi tentang perubahan yang nampak agak jelas di selangor semenjak pemerintahan barisan baru.

saya perasan aktiviti ceramah agama alhamdulillah begitu aktif. hampir setiap hari ada kuliah yang bermanfaat.

juga ahli jemaah juga jauh memberangsangkan berbanding dahulu.

saya juga ingin memuji kerajaan kerana berjaya memperkenalkan teater islamik ke daerah klang.

teater islamik ini special kerana ia tiada unsur2 maksiat, ataupun lagho.

malam itu, dipentaskan teater tentang kisah taubat kaab bin malik yang tidak pergi berjihad ketika perang tabuk. sungguh mantap. ia dipersembahkan secara solo oleh sabri yunus. dengan iringin muzik, cerita terasa begitu hidup.

malah, saya dengar teater ini juga pernah dibuat di masjid. masya allah. perkembangan dakwah yang sungguh hebat.

juga saya berpeluang melawat rakan2 di pmc. satu pengalaman yang cukup menarik melihatkan suasana sistem perubatan di malaysia negara sendiri.

oh ya, yang tidak mudah dilupakan ialah trip saya ke sg petani semata2 untuk merasa hidangan ala kfc berkonsepkan islam yakni radix fried chicken, RFC.

sungguh hebat!

saya rasa RFC mempunyai potensi yang sangat besar. selain ayam nya yang jauh lebih sedap dari kfc apatah lagi mcdonald, mungkin kerana ia bukan sahaja halal tetapi juga toyyibah (kerana berkonsepkan islam).

pekerja2 rfc semuanya memcerminkan iman dan taqwa. tatkala lepas solat jumaat semua pekerja2nya adalah wanita memastikan tiada pekerja yang ponteng solat. ucapan greeting assalamualaikum begitu tenang didengar dan pekerja2nya semua menutup aurat penuh menjaga maruah masing2.

juga, saya nak memuji produk2 lain radix yang turut dijual di rfc misalnya radix koko yang juga sangat sedap. lagi sedap dari milo rasanya.

juga radix cola yang sangat menyegarkan.

kesimpulannya, saya amat bersyukur dengan perkembangan positif ini. moga2 allah dapat memberi kemudahan kepada kita untuk sama2 menegakkan kembali syiar islam di bumi ini iA.

No comments: