Tuesday, 3 February 2009

Kalaulah aku mati esok hari

Kalaulah aku mati esok hari,

betapakah ruginya diriku ini,
masakan tidak,
byk lagi amal ibadat yg ingin ku perbuat,
sempatkah lagi aku berjihad di jalan Allah?
cukupkah sudah amal ibadat ku utk ganjaran syurga?
apakah yg akan jadi kepada umat kami?
sudahkah Islam itu dipertegakkan setegak mungkin?
dapatkan kebatilan ditidakkan setidak mungkin?

Kalaulah aku mati esok hari,

Aku terima sekiranya itulah ketentuan ilahi,
Dan semestinya kan aku hargai setiap saat yang ada,
utk mempertingkatkan amal setingkat mungkin,
seolah2 kudratku seribu tahun lagi.

Ya Rabbi, Tuhanku, Tuhan Kami yang Esa,
Tolonglah kami dalam menegakkan kebenaran,
Di muka bumi ini ya Allah ya Karim.

No comments: