Salam alaikum kengkawan,
hmmm, beberapa hari yang lepas, perak digegarkan tentang isu tergempar di mana kerajaan negri PR yang bermajoriti tipis digoyahkan lagi oleh 3 org ADUN yang bertindak melompat parti.
Walaupon rasa terkejut, namun ada juga rasa geli hati. Tatkala ketika Anwar Ibrahim mendakwa beberapa ahli parlimen akan mengikuti PR untuk menumbangkan kerajaan BN, di peringkat negara, maka cuak lah BN. Ada yang mencadangkan untuk mengharamkan lompat parti ini.
Lar ni, bila ahli2 PR melompat ke BN, tak pulak ada isu untuk mengharamkan pelompatan parti... PR pulak yg cuak.... ada yang saya dengar, siap mempertikaikan perjanjian x boleh lompat parti yg ditandatangani oleh setiap ahli PR....
entahlah....
sememangnya, isu politik di malaysia harus di tackle dengan berhikmah... sebabnya jika tidak, ia boleh menimbulkan rasa benci sesama kita lantas memecahbelahkan rakyat....
saya rasa, selepas berbincang dengan ncek pie, penyelesaian politik di msia hanya dapat dicapai, sekiranya ahli2 politik msia baik muslim atau tidak, perlu memahami dan menghayati konsep islam...
dimana dalam islam - pemimpin bermatlamatkan kebajikan ummat dan tidak sesekali untuk menggemukkan poket diri.
tentang isu lompat parti pada pendapat saya, ianya boleh dilakukan sekiranya ada proses penanya (inkuri)... mungkin majlis ulama dan tokoh boleh menyoal wakil rakyat tersebut untuk sebab munasabah untuk melompat parti. hanya alasan munasabah sahaja diterima dan sekiranya terdalam unsur politik wang, hukuman sewajarnya bolehlah di ambil.
begitulah indahnya konsep islam yang sungguh lengkap untuk semua,
bak kata ismail patel - the western fall with religion, while the muslims fall without religion....
sama2 kita tegakkan islam tercinta....
2 comments:
hoho..laju ko tulis atiq. jangan tak study AMC eyh!
haha tu la, asyek berpolitik jer, study2 jugak kan...
hmmm ... thx la mengingatkan
jzkk
Post a Comment