Sunday, 24 January 2010

Piala Bahas Dublin - ODECHAL

" PPIMI Pentas Mahasiswa Ireland "
Sabtu, 16 Januari 2010 bersamaan 30 Muharram 1431

Kepada: Presiden dan pimpinan persatuan-persatuan mahasiswa di UK dan Ireland.



Assalammualaikum wbt



Sukacita dimaklumkan Lajnah Akademik dan Intelek PPIMI akan menganjurkan Piala Bahas Mahasiswa Luar Negara atau OVERSEAS STUDENTS’ DEBATERS CHAMPIONS LEAGUE (ODECHAL). Piala bahas ini merupakan sebuat 'pilot event' dan merupakan antara yang pertama seumpamanya di bumi UK dan Eropah ini.



PPIMI merasakan bahawa mahasiswa di luar negara secara amnya agak terkebelakang berbanding mahasiswa tempatan dari aspek penguasaan isu semasa dan kebolehan berhujah di khalayak ramai. Ini adalah amat mendukacitakan kerana mahasiswa sewajarnya menjuarai isu-isu semasa dan bertindak sebagai elemen sedar dalam masyarakat. Maka, PPIMI mengambil inisiatif ini untuk bersama-sama mengembalikan potensi mahasiswa luar negara selaras dengan hasrat negara untuk membangunkan modal insan demi landasan kecemerlangan generasi masa hadapan.



Pada tahun ini, ODECHAL akan bermula dengan kejohanan bahas Bahasa Malaysia dahulu. Namun, pada masa akan datang PPIMI berhasrat untuk menjadikan ODECHAL setaraf dengan piala-piala bahas yang lain, dengan menampilkan bahas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berikut adalah maklumat lanjut beserta lampiran fail syarat pertandingan.



Tempat: RCSI, Dublin

Tarikh: 13 - 14 Mac 2010

Bilangan Pasukan: 16

Sistem: Liga

Video Promosi: Klik

Tarikh Akhir Pendaftaran: 28 Januari 2010

Emel Pendaftaran: odechal_ppimi@ yahoo.com





Hadiah



Pasukan



Juara: 300 Euro beserta trofi dan sijil

Naib Juara: 200 Euro beserta sijil

Semua pembahas: Sijil penyertaan



Pembahas Terbaik: Hadiah Istimewa beserta trofi dan sijil.



Oleh itu, PPIMI menyeru agar persatuan-persatuan seluruh UK dan Ireland bersama-sama memeriahkan promosi piala ODECHAL dan menghantar pasukan masing-masing. Bersama kita kembalikan budaya perbahasan yang positif di arena pentas mahasiswa.





Yang Menjalankan Tugas,



Nurhanis Syazni Roslan
Timbalan Presiden PPIMI



RCSI 2011



From Umar ibn Al-Khattab from the Prophet(saw) who said:


"If only you relied on Allah a true reliance, He wouldprovide sustenance for you just as He does the birds: They flyout in the morning empty and return in the afternoon with fullstomachs. "


Ahmad, An-Nasaa’I, IbnMajah, Al-Hakim and At-Tirmidhi who said: "Hassansahih"

No comments: