Saturday, 7 March 2009

Isu Mansuhkan PPSMI

Salam alaikum kengkawan,

Sekali lagi Malaysia dikecohkan dengan isu PPSMI. Kali ini, ia memuncak tatkala lebih kurang 5-8 ribu orang berdemonstrasi mengecam PPSMI. Sepatutnya bilangan itu di tambah satu lagi sekiranya saya ada di Malaysia.

Sesungguhnya pelbagai macam isu2 yang melanda Malaysia sekarang.

Kalau Tun Mahathir katanya sebab pemimpin negara lemah.

Balas pemimpin negara pula, rakyat Malaysia telah menikmati byk kebebasan bersuara ketika pimpinannya.

Hmmmm.. bagi saya, dua2 ada benarnya.

Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum memerlukan pimpinan yang teliti untuk memastikan setiap kebajikan rakyat terpelihara.

Ini tidak, lihatlah kes PPSMI, dok berdolak sini dalik sana. Manalah rakyat tak puas hati. Begitu juga isu2 yang lain! Pemimpin2 negara perlulah menjalankan kerja masing2 dengan berkesan.

Dalam kes PPSMI misalnya, saya berpendapat ianya harus dimansuhkan dengan segera kerana ia menghakis penggunaan bahasa kebangsaan.

Tidak dinafikan bahasa Inggeris penting dalam ilmu sains dan teknologi. Ini disebabkan banyak karya2 ilmiah ditulis dalam bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris yang mantap dapat memudahkan pemahaman kita kepada hasil karya2 tersebut.

Tetapi ia tidak bermakna bahasa kebangsaan harus diketepikan.

Hal ini kerana, bahasa melayu juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan lebih praktikal untuk digunakan di Malaysia.

Misalnya dalam bidang perubatan, pengunaan istilah melayu seperti tongkat ali, kacip fatimah; nama2 penyaket seperti kayap, kudis dan sebagainya lebih mesra kepada penduduk malaysia daripada long jack, shingles dan sebagainya.

Dengan ada penggunaan bahasa melayu ini menunjukkan adanya kajian oleh penduduk malaysia sendiri dan tidak hanya ambil bulat2 sahaja daripada karya2 barat!

Nak guna ilmu tu kenela terjemah dan amalkan di negara sendiri untuk memastikan ianya betul2 ilmu yang praktikal. Bukan main ambil macam itu saja. Itu 'plagiarism' atau meniru! Dan perbuatan ini selalunya dibuat oleh orang yang malas!

Kita tak mahu menjadi begitu!

Pengajaran sudah tentu menjadi lebih menarek tatkala guru sendiri dapat berkomunikasi dengan murid dengan berkesan.

Maka, ingin saya ulang balek pendapat saya iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris harus digunakan dengan seiiringan. Dalam era globalisasi kini rakyat Malaysia harus memahirkan diri dalam ilmu dalam kedua2 bahasa tersebut.

Kita tidak boleh mengkehendaki semua rakyat malaysia 'speaking' sampaikan orang british pon kalah. Memang bagus kalau boleh. Tetapi cukupnya sistem pendidikan kebangsaan mendedahkan pengunaan sains dan matematik dalam bahasa ingeris dalam kadar yang sesuai pada masa yang sama melettakkan bahasa melayu sebagai pengantar yang utama.

Jika betul2 nak cakap Inggeris sampai orang british ppon kalah, lanjutkanlah sendiri pelajaran ke luar negri (jangan lupa buat kos IB kat banting dulu :D)

Malah bahasa lain juga tidak harus diketepikan. Ini kerana setiap bahasa ada peranan masing. Misalnya, Bahasa Arab utk pengajaran agama. Bahasa Cina, India di samping bahasa ibunda utk sebilangan rakyat, dapat digunakan untuk dagangan dengan negara di Asia Timur atau Selatan.

Moga Allah berkati usha kita semua.

Sesungguhnya hidup ini semuanya patut untuk Allah semata2. Dengan itu dunia semestinya akan jadi aman tenteram!

3 comments:

KL Siders said...
This comment has been removed by the author.
KL Siders said...

interesting. yet im assuming that ur stuying overseas, am I right? why dont you study locally then, where things are taught in malay realizing how important malay is?

Atiq said...

eh eh, haf you forgotten how many years haf i been learning in education where malay is the main medium?
and after i finish my degree here, i definitely going to use my malay language again! and indeed i have to say i have master both languages and i am proud of it...
no reason y you cant master a language... all you need is just the right effort, the right the determination.
PPSMI is making many kids at serious disadvantage in science and math and malay... i no it... coz i myself have been a teacher in those subject!
malay is important.. so is english.... but PPSMI is clearly not the answer!