Saturday 6 December 2008

Tok Maimun binti Yusuf


Ketika sedang menonton Buletin Utama 5hb Disember tadi, saya dikejutkan tentang seorang nenek berusia 89tahun (iA akan masuk ke 90 tak lama lagi rasanya) yang telah bertanding pada Pilihan Raya yang lepas. Kebetulan berita beliau tersebar lg tatkala peninggalan arwah ahli parlimen yg lepas secara mengejut.

Apa2 pon, saya cukup tertarik ttg semangat beliau yg saya rasa t'kandung beberapa mesej yang perlu dihayati oleh kita semua.

Tindakan beliau untuk bertanding seolah2 satu teguran yang cukup tajam kepada generasi2 muda kini. Masakan tidak; tatkala byk di kalangan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan sesetengah perkara dari pihak kerajaan mahupon pembangkang, beliau telah mengambil tindakan yg sangat pro-aktif, dengan b'tanding atas calon bebas (lambang anak kunci), yg saya kira jauh melangkaui kebanyakan generasi muda yang m'ikot kata beliau, lebih kurang, 'asyik komplain saja lebih, keje nya tak jalan!'.

Usha seorang penjual kain yg serba kecilan ini, yg dapat dilihat berkempen dengan hanya menggunakan basikal sahaja, bagi saya sungguh ikhlas dan murni. Bayangkan, beliau sanggup menggadaikan rm10,000 hasil titik peluh beliau (wallahu alam berapa tahun beliau telah bertungkus lumus mengumpul duit sebanyak itu) semata2 utk membuktikan kesungguhan beliau.

Dan yer, beliau telah hilang wang pertaruhan itu disebabkan gagal mendapat 1/8 undi sekurang2nya.

Namun, saya rasa, gagal mendapat 1/8 undi, namun beliau telah berjaya dengan sungguh cemerlangnya menyedarkan masyarakat Msia khasnya bahawa benarlah apa yg difirman Allah yakni 'Allah tidak akan mengubah naseb sesuatu bangsa melainkan bangsa itu sendiri mengubahnya'. Sememangnya usia juga bukanlah sesuatu isu di sini.

Usha Tok Mun sangat saya hargai dan saya harap dapat dijadikan anjakan pemikiran utk lebih maju ke depan berdasarkan kepada landasan syariah yg betul iA.

Mungkin kita boleh dirikan dana untuk mengembalikan kembali duit beliau tersebut.

Oh yer, beliau ada blog beliau yg sendiri iaitu www.maimunbintiyusuf.blogspot.com .

*sumber gambar di atas dtg dr blog di bawah:
http://mercesletifer-47.blogspot.com/2008/03/tok-mun-dan-orang-malaysia.html

2 comments:

arshadsyahali said...

salamz.melihat kesungguhan nenek ini,aku sendiri rasa malu, dan pada waktu yg sama rasa kagum.Malu kerana kita kurang mengambil tindakan,kagum kerana semangat nenek ini.Apa2 pon, segala usaha titik peluh nenek ini diharapkan mendapat ganjaran Allah s.w.t. Amiin.

Atiq said...

huhu tu la pasal acad :D

anyway, thx for the comments