Diharap para pembaca blog sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa diberkati Allah hendaknya.
Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan. Tidak menghairankan, isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris akan dibangkitkan seiiring dengannya.
Hal ini menarik perhatian kepada mereka yang peka kepada perkembangan dan hala tuju penggunaan bahasa kebangsaan dalam jangka masa panjang. Maklumlah, bahasa itu jiwa bangsa, satu 'alat beridentiti' yang diperturunkan sejak berzaman.
Dewasa ini, kita dapat lihat penggunaan bahasa kita yang semakin teruk dari segi kefasihan untuk bertutur, khususnya di kalangan mereka yang bukan berpendidikan sekolah kebangsaan. Maka sudah tentu, tatkala bahasa kebangsaan sekali lagi diuji kali ini melalui sistem pendidikan beberapa tahun lepas, ia mencuri tumpuan ramai, yang tidak mahu keadaan sampai ke satu tahap yang lebih parah lagi.
Rentetan itu, berikut dipetik daripada akhbar Utusan online mengenai pandangan Kementerian Pendidikan:
“Jadi kebimbangan sesetengah pihak bahawa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di Dalam Bahasa Inggeris) menjejaskan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah tidak berasas sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, GPMP bagi Bahasa Melayu (BM) pemahaman bagi Sekolah Kebangsaan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.07 peratus sementara BM penulisan pula meningkat sebanyak 0.06 peratus......
Izinkan saya mempertikaikan sedikit apa yang diperkatakan di atas:
1) Apakah perlu asas lagi, berkaitan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu, tatkala ketika penggunaannya dalam Sains dan Matematik, yang merupakan subjek yang acap kali menyentuh kehidupan, tidak diendahkan lagi? Bukankah sudah tiada apa yang boleh dicapai di situ? Generasi anak2 muda tersebut telah pun hilang haknya untuk mempelajari bidang2 tersebut dalam bahasa ibunda sendiri. Bayangkanlah 31% pelajar masih memilih untuk menjawab dalam bahasa ibunda(1). Mana pergi hilang hak nya entah ke mana di bumi sendiri?
2) Sejauhmanakah kredibiliti statistik UPSR tersebut yang mana peratusan tersebut sangatlah sedikit. Adakah ia benar2 mencerminkan peningkatan mutu bahasa ataukah sebaliknya??
2) Tidak dinafikan, bahasa inggeris perlu dikuasai dalam era semasa. Tetapi adakah ia harus dilakukan dengan mengorbankan jati bahasa? Jika dilihat negara2 maju lain di eropah dan di jepun misalnya, adakah mereka mengorbankan bahasa ibunda mereka? renungkanlah. bagi saya apa yang penting ialah kesungguhan. Tidak wajar diadakan alasan mengapa pengajaran sains dan matematik tidak boleh dilakukan dalam kedua2 bahasa. Malah sekiranya ia dapat dilakukan kita dapat bersaing secara global dengan lebih kompetitif dengan mengekalkan identiti kita sendiri.
Saya tidak sesekali taksub kepada kerajaan mahupun pihak padanan kepada kerajaan (ie pembangkang). Apa yang penting, nilai bahasa sendiri tidak tergadai dan kita semua dapat bersaing dalam era yang semakin mencabar ini tanpa hilang maruah bahasa jiwa insyaAllah.
(1) Sumber dari utusan 13nov08.
No comments:
Post a Comment