Sunday, 12 July 2009

PPSMI dimansuhkan!

Salam alaikum kawan2,

berita gembira di atas boleh dilayari di alamat web berikut http://www.youtube.com/watch?v=B-B42FOMTHc

pertama2nya syukur kepada allah swt kerana dgn limpah kurnianya diberinya kita nikmat utk masih bernafas di hari ini.

saya ingin komen sedikit ttg hal di atas yg saya dapati byk reaksi berbeza2 dari pelbagai lapisan masyarakat.

ada yg kata, pemansuhan ini akan menyebabkan kehancuran masa depan negara.

saya rasa perlunya kita menjelaskan isu ini sejelas2nya yang mungkin utk mengelakkan salah faham dan konflik antara kita.

kita semestinya mahu yang terbaik utk ummat kita di malaysia khususnya dan juga ummat islam sedunia umumnya.

bagi saya pemansuhan ppsmi ini wajar.

hal ini perlu mengambil kira ttg tenaga pengajar, isu bahasa kebangsaan yang menyatukan rakyat, dan pemahaman pelajar2 terutamanya.

sebagai seorang guru math dan science selama hampir 5 tahun, saya masih mengekalkan pendirian saya ini.

bukan bermakna kita mengabaikan bahasa inggeris. saya sendiri sekarang belajar di uk dalam bahasa inggeris (BI) . dididik dalam bahasa malaysia (BM) tatkala sekolah rendah dan menengah amnya, saya tidak dapati masalah serius dalam memahami perkembangan sains dan matematik dalam BI.

malah, saya rasa ia merupakan satu nikmat kerana dapat memahami ilmu dalam kedua2 BM dan BI.

bagi saya kita kena perkasa kedua2 bahasa tersebut. allah kurniakan akal yang sangat hebat utk kita menggunakannya.

ingin juga saya ambil kesempatan ini utk mengetengahkan kedudukan bahasa arab yang saya kira sangat penting utk memahami bahasa al quran yang juga bahasa penyatu di kalangan umat islam.

pokok pangkalnya, bahasa hanyalah merupakan satu alat komunikasi utk kita mencari keredhaan allah swt.

rumusan bahasa:

bm- bahasa utama negara - milik orang malaysia

bi - bahasa penting dunia ketika ini. namun perlu diingat, ianya bukan milik kita. ianya milik orang 'england' dan beberapa tempat dunia seperti amerika.

bahasa arab / bahasa ummat islam - bahasa al-quran, penyatu umat islam, milik semua orang islam, bukan utk orang arab sahaja (sabda rasulullah dalam khutbahnya yang terakhir tak silap)

ya allah, tingkatkan lah ilmu kami, tingkatkan iman dan taqwa kami, kurniakanlah kami tempat di syurgamu ya raob!

moga allah memberkati usha kita semua ke jalannya iA.